Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berkuat kuasa 4 Julai, warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri pas pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. --foto Bernama

Anggota kabinet sudah hantar surat letak jawatan – Khairy Jamaluddin

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 16 Ogos: Kejatuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin pasti susulan perkembangan terkini yang mengatakan anggota Kabinet telah menghantar surat perletakan jawatan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan perkara berkenaan menerusi media sosial Instragram sebentar tadi.

“Kabinet telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Yang Di-pertuan Agong.

“Terima kasih kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara sekali lagi. Semoga Tuhan merahmati Malaysia, “ tulis Khairy menerusi insta story Instgramnya sebentar tadi.

Pengumuman Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunikasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu menyusul sejurus Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara kira – kira pukul 12.23 tengah hari tadi.

Muhyiddin sebelum ini dikatakan akan meletakkan jawatan susulan hilang majoriti di Dewan Rakyat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan