Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syafizuddin Amiruddin

Peluang dapatkan informasi pendidikan, kerjaya

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 29 Sept: Program Madani Rakyat 2024 membuka peluang besar kepada pengunjung mendapatkan informasi mengenai pendidikan dan kerjaya.

Pembukaan pelbagai reruai agensi kerajaan membuka ruang kepada pengunjung untuk mengetahui mengenai bidang kerjaya bersesuaian dengan kelayakan.

Syafizuddin Amiruddin,18, berkata, program seperti itu dapat membuka mata pengunjung mengenai peluang masa depan.

“Apa yang saya dapat daripada program ini ialah kita dapat mengukuhkan hubungan antara kaum. Pada masa sama kita mendapat tahu mengenai peluang melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, reruai paling menarik ialah berkaitan kerjaya dalam perkhidmatan awam.

“Saya berminat dengan reruai askar dan polis. Mungkin sebab saya ingin mengikuti jejak langkah ayah membuatkan saya begitu tertarik,” ujarnya.

Dia berharap dapat mengikuti jejak langkah ayahnya yang berkhidmat lama dalam kerajaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan