Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 16 Ogos -- Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PM selesai menghadap Yang Di-pertuan Agong

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Ogos : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang Di-pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi.

Pertemuan berkenaan berlangsung kira – kira 40 minit apabila kenderaan membawa Muhyiddin keluar dari kawasan perkarangan Istana Negara tepat pukul 1 tengah hari tadi.

Muhyiddin dilihat sekali lagi melambaikan tangan kepada petugas media.

Sebelum ketibaan Perdana Menteri, kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun memasuki perkarangan Istana Negara kira – kira pukul 10.40 pagi tadi diikuti ketibaan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah pda pukul 11.17 pagi.

Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong hari ini bagi menyerahkan surat meletak jawatan susulan hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Satu perutusan khas oleh Perdana Menteri dijangka akan dilakukan pada petang ini berhubung situasi semasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan