Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persembahan memukau penyanyi popular Indonesia, Afgan dan Lyodra di konsert ‘ADA’ Live in Kuala Lumpur di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 28 September 2024. Foto TVS

Duet Afgan, Lyodra pukau peminat

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Penyanyi hit Indonesia, Afgan kembali ‘galaukan’ peminat dengan konsert duet pertamanya di Malaysia bersama Lyodra dengan konsert ‘ADA’ Live in Kuala Lumpur di Megastar Arena di sini, malam tadi.

Berbeza dengan konsert solo sebelum ini, Afgan menampilkan penyanyi Indonesia, Lyodra sebagai teman duetnya bagi mempromosikan single terbaharu mereka berjudul ‘ADA’.

Persembahan memukau kedua-dua penyanyi sekali gus menghiburkan malam lebih 3,300 ‘Afganisme’ yang hadir ke acara itu.

Konsert yang berlangsung lebih 2 jam itu mempersembahkan karya hit Afgan seperti ‘Terima Kasih Cinta’, ‘Bawalah Cintaku’ dan ‘Jodoh Pasti Bertemu’.

Tidak kurang hebatnya, Lyodra juga membawakan beberapa buat lagunya iaitu ‘Pesan Terakhir’, ‘Terlalu Cinta’ dan ‘Tak Dianggap’.

Keserasian yang ditonjolkan oleh kedua-dua penyanyi dari seberang itu telah mengamatkan suasana di dewan itu.

Lyodra atau nama sebenarnya Lyodra Margareta Ginting berkata, impian untuk bergading satu pentas bersama idolanya akhirnya tercapai.

Lebih mencuri hati, penonton konsert tersebut juga telah berpeluang mendengar lagu baharu yang digubah khas oleh mereka secara eksklusif.

Menariknya lagi bagi konsert kali ini, seramai 12 pemuzik professional diterbangkan khas dari negara jiran itu bagi mengiringi nyanyian Afgan dan Lyodra, malam tadi.

Konsert anjuran Kharisma Music bersama Alha Alfa, Intan Gelombang dan Futurace itu semestinya berjaya menambat hati peminat-peminat Afgan dan Lyodra. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan