Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ekonomi negara terus berkembang dengan baik disokong oleh kedudukan ringgit yang kini semakin mengukuh dalam pasaran tukaran mata wang asing. Foto hiasan AFP

Ekonomi negara berkembang baik disokong pengukuhan ringgit – Amir Hamzah

ByBernama

LANGKAWI, 28 Sept: Ekonomi negara terus berkembang dengan baik disokong oleh kedudukan ringgit yang kini semakin mengukuh dalam pasaran tukaran mata wang asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata banyak inisiatif yang telah dilaksanakan menerusi rangka kerja Ekonomi MADANI menunjukkan perkembangan yang baik, sekali gus menambah keyakinan pelabur.

“Kita melihat lonjakan dalam pelaburan, ekonomi semakin berkembang, banyak pelabur positif kepada Malaysia, (dan ini memberi) perkembangan baik kepada ringgit.

“Keluaran Dalam Negara Kasar pula tumbuh 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini, dan 5.9 peratus pada suku kedua,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pulau Tuba yang merupakan Kampung Angkat MADANI dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kadar inflasi yang semakin mereda dan kadar pengangguran berada pada 3.3 peratus pada masa kini, turut mencerminkan perkembangan yang positif.

Sementara itu, mengenai Belanjawan 2025, Amir Hamzah berkata kerajaan akan terus memfokuskan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara menerusi pelbagai program Ekonomi MADANI.

“Kerajaan mahu kurangkan jurang sosial dan memberi lebih banyak pulangan (manfaat) kepada rakyat,” katanya.

Pulau Tuba adalah satu daripada tiga Kampung Angkat MADANI Kementerian Kewangan selain Kampung Batu 13 di Terengganu dan Rumah Panjang – Rumah Entebang Anak Melayang Nanga Belaie, Skrang di Sarawak.

Kampung Angkat MADANI merupakan inisiatif kerajaan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 bertujuan antaranya untuk mencari kaedah terbaik dalam memudah cara dan mempercepat pelaksanaan projek kecil di kampung, di samping merapatkan jurang kemudahan asas dan bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan