Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zulfikri (dua kanan hadapan) merakam gambar kenangan bersama penduduk Rumah Siba, Sekuau. Foto TVS

MARA sedia lebih 700 program bantu usahawan setiap tahun

SIBU, 28 Sept: Majlis Amanah Rakyat (MARA memiliki ekosistem paling lengkap dalam pembangunan usahawan khususnya dalam membantu usahawan Bumiputera meningkatkan pendapatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Datuk Zulfikri Osman berkata bagi tujuan itu MARA telah menyediakan lebih 700 program pembangunan usahawan setiap tahun.

Jelasnya, ramai usahawan terutamanya di luar bandar tahu kewujudan MARA namun tidak terdedah dengan program dan latihan yang disediakan olehnya.

“Saya percaya semua orang pernah dengar mengenai agensi MARA yang diberi mandat khas untuk membantu kaum Bumiputera,

“Justeru, program ini (Sesi Randau Ruai) merupakan satu program untuk kita memberi pengetahuan mengenai MARA dengan lebih terperinci lagi tentang manfaat-manfaat yang boleh dapatkan daripada MARA,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Sesi Randau Ruai Sempena Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA Negeri Sarawak di Rumah Panjang Siba, Sekuau pada Jumaat

Tambahnya, melalui program itu MARA dapat mengetengahkan bakat dan potensi usahawan tempatan agar dapat dibantu untuk mengembangkan perusahan mereka dengan lebih jauh.

Justeru beliau menyeru penduduk agar terus berhubung dengan pegawai MARA agar mereka mendapat maklumat dan tahu perlaksanaan program-program pada masa akan datang.

Melalui program itu penduduk juga diberikan taklimat dan perkongsian oleh pegawai-pegawai MARA mengenai ekosistem agensi tersebut khususnya dari segi pendidikan, pembangunan usahawan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak syarikat MARA.

Menurutnya lagi, MARA turut menyediakan peluang pendidikan dalam membantu melahirkan modal insan yang memenuhi keperluan industri melalui 344 institusi pendidikan seluruh negara.

“Antaranya adalah seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran Mara (IKM), GiatMARA, Kolej MARA, Kolej Poliy-Tech MARA, dan kita ada dua universiti iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan University Poliy-Tech Malaysia,

“Daripada jumlah itu, 270 daripanya adalah adalah bidang Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TVET),” ujarnya.

Dengan pendedahan yang diberikan, beliau berharap ibu bapa dapat merancang hala tuju pendidikan dan latihan anak-anak mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan