Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri ke kanan: Priscilla Sidi dan Dicglos Igai Beti pemenang acara berkumpulan bermain adat asal di Eastwood Valley Golf And Country Club, Miri, hari ini. Foto Mohamad Faisal (TVS)

RNI ajak masyarakat lain hargai warisan, budaya bangsa Iban

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 27 Sept: PersatuanĀ Raban Ngepan Iban (RNI) menekankan kepentinganĀ memelihara adat asal Iban dalam kalangan masyarakat agar warisan itu tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

Pemenang acara berkumpulan bermain adat asal Tali Gayu iaitu Dicglos Igai Beti dan Priscilla Sidi dalam pada itu mengajak masyarakat berbangsa lain agar menghargai dan memelihara warisan budaya yang merupakan identiti bangsa Iban.

ā€œKita mesti menanam dalam hati diri kita sendiri, terutama kepada orang-orang yang bukan Iban, supaya bangsa bukan Iban tidak melupakan adat Iban atau pemain asal Iban ini tidak pupus ditelan arus perkembangan.

ā€œIni adalah pesanan saya kepada semua kita, supaya kita sama-sama terus menjaga dan memelihara adat asal kita agar tidak hilang, supaya dipandang tinggi oleh orang lain,ā€ katanya ketika ditemu bual oleh TVS, di sini, hari ini.

Pada acara itu, tempat ketiga diraih oleh kumpulan Ruyam Sempulang Gana yang terdiri daripada Alexson Buel, Angline, dan Syrell, manakala tempat kedua diperoleh oleh kumpulan Geri Tangkong Kenyalang yang terdiri daripada Samuel Unting Jonathan, Kartina Bagan, dan Jashnie Tyrance. -TVS

Tags: adat, bangsa, iban

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan