Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penemuan mayat di Pasir Puteh : Polis tahan empat lelaki, buru seorang lagi

ByYazid Ibrahim

KOTA BHARU, 15 Ogos — Polis menahan empat individu dan sedang memburu seorang lagi bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki di halaman sebuah rumah di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh pada 1 Ogos lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki yang diburu bernama Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 32, atau lebih dikenali sebagai Iwe Telosan.

Beliau berkata keempat-empat lelaki berusia lingkungan 34 hingga 44 tahun ditahan berhampiran Pasir Puteh antara 4 hingga 10 Ogos lepas dan mereka mengaku berada di lokasi kejadian bersama dengan individu yang sedang diburu.

“Kempat-empat suspek berkenaan ditahan reman sehingga 17 Ogos ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Shafien juga berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala disebabkan hentakan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan