Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof hadir pada mesyuarat khas Bersatu di Kuala Lumpur hari ini. Gambar oleh Zulkifli Che Sab,TVS.

Pengumuman khas kedudukan PM dan Perikatan Nasional esok – Mohd Redzuan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Persoalan mengenai kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sama ada akan terus mentadbir negara atau sebaliknya akan terjawab esok.

Mengesahkan perkara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof berkata, pengumuman khas akan dibuat pada Isnin namun beliau enggan mengulas lanjut.

“InsyaAllah ada, tapi apa pun kita tunggulah esok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas BERSATU di sini hari ini.

Antara pemimpin tertinggi parti berkenaan yang hadir termasuklah Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta barisan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi antaranya Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamarudin Jaafar dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Suasana politik negara terus tidak menentu apabila pembangkang mendakwa Muhyiddin kini hilang majoriti serta mendesak Ahli Parlimen Pagoh itu meletak jawatan.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan mempunyai majoriti cukup untuk menjadi Perdana Menteri baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan