Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersatu di kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara di sini hari ini.

Mesyuarat pengurusan parti di rumah PM – Ahmad Faizal

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Satu mesyuarat melibatkan pengurusan parti Bersatu berlangsung di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara petang ini.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang berlangsung selama kira-kira sejam namun enggan mengulas lanjut butirannya.

“Sekiranya ada perkembangan, parti akan mengeluarkan kenyataan,” katanya yang menghentikan kereta pancuan empat roda BMW yang dipandu sendiri.

Secara bergurau, Ahmad Faizal berkata, beliau ingin pulang ke rumah bagi menikmati pisang goreng.

Selain beliau, beberapa kenderaan yang membawa pemimpin Bersatu lain turut menghadiri mesyuarat berkenaan.

Antaranya termasuklah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Seri Rina Harun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas); Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Pada tengah hari tadi, tersebar maklumat di kalangan media kononnya akan berlangsung satu mesyuarat tergempar Kabinet di Putrajaya hari ini namun ia sekadar khabar angin apabila tiada kenderaan membawa Menteri dan Timbalan Menteri dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra.

Kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin menjadi persoalan apabila Muhyiddin menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung semalam berkata, pihaknya mencapai kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti luar PN bagi mewujudkan kerjasama bipartisan demi kestabilan negara dan memastikan kerajaan dapat terus  berfungsi dalam suasana tidak menentu akibat pandemik COVID-19.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan