Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelarian baharu bertambah kepada 112,000 orang yang telah dipindahkan sejak Oktober. Foto fail AFP

Sebarang peningkatan ketegangan lanjut “bencana” bagi kanak-kanak Lubnan – UNICEF

ByBernama

GENEVA, 24 Sept: UNICEF pada Selasa memberi amaran bahawa sebarang peningkatan ketegangan selanjutnya antara Israel dan Hizbullah akan menjadi “bencana” bagi semua kanak-kanak di Lubnan dan menggesa agar ketegangan itu dikendurkan dengan segera, lapor Agensi Anadolu.

“Pada Isnin sahaja, sekurang-kurangnya 35 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Lubnan. Ini lebih daripada jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Lubnan dalam tempoh 11 bulan yang lepas. Sebelas bulan dalam satu hari. Tiga puluh lima kanak-kanak, dalam satu hari antara 492 dilaporkan terbunuh,” kata timbalan wakil UNICEF ke Lubnan, Ettie Higgins, kepada taklimat akhbar PBB di Geneva mengenai serangan udara Israel.

Menyedari bahawa lebih 1,645 orang juga cedera semasa serangan udara itu, Higgins menekankan bahawa “lebih ramai kanak-kanak berada dalam bahaya semasa saya bercakap, terdedah kepada serangan berterusan, dipindahkan dari rumah mereka dan tidak dapat bergantung pada sistem kesihatan yang sudah terlalu terbeban dan kekurangan sumber”.

“Jika kita kembali kepada konflik, seperti hari-hari gelap pada 2006, saya bimbang kali ini boleh menjadi lebih buruk bagi kanak-kanak Lubnan,” katanya.

Beliau menekankan keluarga di Lubnan sudah “berada di jurang” kerana krisis ekonomi dan politik.

“Sebarang peningkatan selanjutnya dalam konflik ini akan menjadi bencana bagi semua kanak-kanak di Lubnan, terutama keluarga dari kampung dan pekan di selatan dan Bekaa, di Lubnan Timur, yang terpaksa meninggalkan rumah mereka,” kata pegawai UNICEF itu.

Beliau menyatakan bahawa pelarian baharu ini menambah kepada 112,000 orang yang telah dipindahkan sejak Oktober.

UNICEF menyeru agar pengurangan ketegangan dilakukan segera dan meminta semua pihak menegakkan kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk memastikan perlindungan infrastruktur awam dan orang awam, termasuk kanak-kanak, pekerja kemanusiaan dan kakitangan perubatan, kata Higgins.

Beliau menambah ia termasuk memudahkan pergerakan selamat orang awam yang mencari perlindungan.

“Semalam adalah hari terburuk Lubnan dalam tempoh 18 tahun,” katanya. “Keganasan ini perlu dihentikan serta-merta atau akibatnya akan menjadi tidak terjangkau.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan