Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali hari ini menyampaikan sumbangan awal wang tunai kepada 10 keluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran di Kampung Hilir lewat petang semalam. Foto UKAS

PIBG SK Abang Ali hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Hilir

SIBU, 23 Sept: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali hari ini menyampaikan sumbangan awal wang tunai kepada 10 keluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran di Kampung Hilir lewat petang semalam.

Pengerusi PIBG SK Abang Ali Datuk Mohamad Yusnar Matalie berkata pihaknya menyumbangkan RM500 kepada setiap keluarga bagi membantu meringankan beban mereka selepas kehilangan tempat tinggal.

Beliau berkata terdapat 13 murid sekolah berkenaan yang terjejas akibat kebakaran itu.

“Murid-murid tersebut, yang merupakan ahli Koperasi SK Abang Ali, akan menerima bantuan tambahan wang tunai RM200 setiap seorang,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan.

Yusnar berkata pihak PIBG juga akan memberi bantuan pakaian seragam, kasut, beg sekolah dan peralatan alat tulis kepada murid terbabit.

Beliau turut menyeru alumni SK Abang Ali, yang dibina pada 1890, agar menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban dan membolehkan murid terbabit meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan