Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raya Khas menerima anugerag sebagai perusahaan automotif Bumiputera pertama Sarawak diiktiraf sebagai ‘Premium Car Importer’.

Raya Khas terima pengiktirafan Anugerah Bestbrands Bumiputera 2024

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Syarikat automotif, Raya Khas melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai perusahaan automotif Bumiputera pertama Sarawak diiktiraf sebagai ‘Premium Car Importer’ pada majlis Anugerah Bestbrands Bumiputera 2024 yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Raya Khas, Yasmin Mohd Johnny dalam kenyataannya hari ini, menyifatkan ia sebagai pencapaian besar kepada syarikat berkenaan yang telah beroperasi selama 36 tahun.

“Ini adalah detik yang cukup bermakna buat kami. Anugerah ini adalah hasil usaha keras setiap ahli pasukan kami, pelanggan setia, pihak pengurusan, serta vendor-vendor yang selama ini berdiri bersama kami,” katanya.

Dengan pengiktirafan itu, Yasmin berkata pihaknya akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sekali gus menjadi pilihan utama pembelian kereta mewah di negara ini.

“Kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami serta menyumbang kepada pasaran automotif Sarawak. Ini bukan sekadar pencapaian buat syarikat, tetapi juga untuk komuniti automotif Bumiputera di negeri ini,” tambah beliau.

Raya Khas juga merupakan ahli PEKEMA Sarawak, berhasrat untuk memperkukuh kepercayaan pelanggan terhadap jenama mereka, serta memastikan bahawa setiap pembelian adalah pengalaman yang berkualiti dan memuaskan.

“Kami akan terus melangkah dengan lebih yakin dan pastinya anugerah ini memberi kami dorongan untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Anugerah itu katanya melambangkan satu tonggak baharu dalam sejarah syarikat itu dalam usaha menjadikannya lebih dipercayai sebagai syarikat automotif Bumiputera unggul di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan