KUCHING, 23 Sept: Acara lempar cakera F41 Para SUKMA XXI menyaksikan dominasi atlet Sarawak yang meraih pingat emas, perak dan gangsa.
Pemenang pingat emas, Richard Bada berkata, beliau tidak menduga mampu memecahkan rekod miliknya.
“Saya gembira dan bangga dapat menaikkan nama Sarawak dan keluarga di kampung,” katanya ketika ditemui hari ini.
Menurutnya, beliau akan terus berlatih dan berusaha gigih untuk menghadapi kejohanan lain pada masa akan datang.
Selain lempar cakera, Richard turut menyertai acara rejam lembing dan lontar peluru.
Dua lagi rakan seperjuangan Richard, Teckman Mary dan Abdullah Syawal Majarol masing-masing memenangi pingat perak serta gangsa.-TVS