KUCHING, 23 Sept: Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas terkena tembakan orang awam yang memburu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata ketika kejadian mangsa sedang menjalani latihan di kawasan hutan Batu 5, Jalan Balak Multiplus, Song.
Menurutnya, Balai Polis Song menerima laporan pada 5.57 pagi, hari ini.
“Pengadu dalam repot memaklumkan bahawa seorang askar yang sedang menjalani latihan terkena tembak orang awam yang memburu di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi TVS.
Mangsa yang dibawa ke Hospital Kapit disahkan meninggal dunia pada 7.43 pagi.
Kes masih dalam siasatan. -TVS