Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa:
- Negara kita masih berhadapan dengan cabaran getir pandemik Covid-19. Saya dengan perasaan hiba ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa Covid-19 yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya dan mendoakan semoga semua pesakit Covid-19 diberikan kesembuhan segera.
2. Malaysia dijangka mencapai kadar vaksinasi 100 peratus populasi dewasa dan 80 peratus populasi keseluruhan pada bulan Oktober tahun ini, iaitu dalam jangkamasa dua bulan akan datang. Pada masa itu, insyaAllah, kes- kes Covid-19 akan mencatatkan penurunan yang ketara dan menjadi lebih terkawal.
3. “Saya memerlukan sokongan dan dokongan daripada rakan- rakan saya dalam kabinet, pimpinan kerajaan negeri, pegawai-pegawai kerajaan, frontliners dan rakyat seluruhnya untuk membolehkan saya melaksanakan tanggungjawab membawa negara ini keluar daripada krisis”, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
4. Sokongan rakan-rakan Ahli Parlimen dalam kerajaan Perikatan Nasional yang mana dengan sokongan merekalah saya berada di sini pada hari ini. Keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan oleh sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.
5. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cadang pelaksanaan Rangka Persefahaman Rentas Parti.
6. PRU15 akan diadakan selewat-lewatnya akhir Julai 2022, namun bergantung pada situasi pandemik COVID-19.
Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.