Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas lori sawit milik sebuah syarikat dipandu kemalangan kendiri di Kampung Kepayang, Simunjan, petang semalam. Foto JBPM

Lelaki maut, lori sawit dipandu kemalangan kendiri di Simunjan

SIMUNJAN, 23 Sept: Seorang lelaki maut selepas lori sawit milik sebuah syarikat dipandu kemalangan kendiri di Kampung Kepayang di sini, petang semalam.

Komander Operasi, Adam Sulaiman berkata, dalam kejadian itu identiti mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohamad Faizul Raqib Haron,25.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.50 petang dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori sawit, seorang mangsa lelaki tersepit dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas RTA untuk kerja-kerja pemotongan besi.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan