Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi seismologi negara Filipina mengeluarkan amaran pada pagi Ahad mengenai kemungkinan letusan Gunung Kanlaon di tengah Filipina. Foto AFP

Ahli Seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina

ByBernama

MANILA, 22 Sept: Agensi seismologi negara Filipina mengeluarkan amaran pada pagi Ahad mengenai kemungkinan letusan Gunung Kanlaon di tengah Filipina, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gunung berapi itu mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam yang lepas, katanya.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) berkata amaran yang dipertingkatkan kekal berkuat kuasa untuk Gunung Kanlaon, dengan ketinggian 2,465 meter.

Terletak di Negros, pulau keempat paling ramai penduduk di Filipina, Gunung Kanlaon antara 24 gunung berapi aktif seismik di negara itu.

Agensi seismik negeri menasihatkan bahawa letupan wap atau freatik secara tiba-tiba mungkin berlaku pada bila-bila masa.

Letusan freatik atau letusan letupan wap, berlaku apabila magma memanaskan air bawah tanah atau air permukaan mengakibatkan letupan wap, abu, batu dan bom gunung berapi.

Orang ramai dinasihatkan bahawa kemasukan ke Zon Bahaya Kekal sepanjang empat kilometer adalah dilarang kerana bahaya letusan.

Semua jenis pesawat dilarang terbang berhampiran gunung berapi.

Jun lalu, letusan letupan berlaku di kawah puncak Kanlaon menghamburkan kepulan abu sepanjang lima kilometer ke langit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan