Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki yang ditahan bersama tujuh peket plastik bertulis Juice Master berisi serbuk jus disyaki dadah jenis Ecstacy yang dirampas dalam serbuan tersebut. Foto BSJN IPD Sibu

Penganggur berdepan hukuman mati

SIBU, 22 Sept: Seorang lelaki tempatan berdepan hukuman gantung selepas ditangkap bersama dadah jenis Esctasy seberat 221.72 gram.

Penganggur berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu di tingkat atas sebuah rumah di Jalan Sentosa pada jam 3.30 petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan yang dijalankan pihak polis menjumpai tujuh peket plastik bertulis Juice Master berisi serbuk jus disyaki dadah jenis Ecstacy yang disimpan di dalam kotak bertulis Maxis.

“Nilai semasa rampasan dadah tersebut dianggarkan berjumlah RM2,600 dengan anggaran berat kasar rampasan berjumlah 221.72 gram,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, ujian saringan air kencing, mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine, Ketamine, dan Benzodiazepine..

“Semakan lanjut turut mendedahkan suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Suspek seterusnya ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Zulkipli berkata, suspek kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan lanjut.

Tambahnya, hukuman bagi kesalahan dibawah Seksyen 39B ADB 1952 memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Selain itu katanya, suspek turut berdepan dakwaan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama yang boleh membawa kepada hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga dua tahun selain pengawasan ketat selama dua tahun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan