Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki terpaksa menahan azab selepas jari tangan kirinya tersepit pada mesin pembuat mee di sebuah kedai di Jalan Tunku Ahmad Zaidi Idrus Central Park Comerial Centre, Kuching, malam ini. Foto JBPM

Azab jari tersepit mesin pembuat mi

KUCHING, 21 Sept: Seorang lelaki terpaksa menahan azab selepas jari tangan kirinya tersepit pada mesin pembuat mi di sebuah kedai di Jalan Tunku Ahmad Zaidi Idrus Central Park Comerial Centre di sini, sebentar tadi.

Komander Operasi, Abdul Hakim Supian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.04 malam dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang mangsa lelaki berusia 33 tahun yang jari tangan kirinya tersepit pada mesin pembuat mi.

“Pihak bomba bertindak mengangkat mesin pembuat mi ke luar kedai bagi memudahkan kerja-kerja melepaskan jari mangsa dari mesin tersebut menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 14 minit untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.

“Setelah jari mangsa dapat dikeluarkan dari mesin tersebut pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakkan selanjutnya,” ujarnya.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found