Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia China dan Majlis Makan Malam Peringatan Festival Pertengahan Musim Luruh, pada hari Jumaat. Foto Facebook Sim Kui Hian

China labur RM 19.9 bilion di Sarawak, wujudkan 10,000 peluang pekerjaan

KUCHING, 21 Sept: China melabur sebanyak RM19.9 bilion dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak yang turut mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan ekonomi di rantau ini dengan ketara.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan dari negara ekonomi kedua terbesar dunia itu memberi impak positif kepada pembangunan di wilayah ini.

Menurut beliau kepentingan perkongsian strategik antara Sarawak dan China membolehkan wilayah ini mencapai matlamat untuk membangunkan ekonomi digital yang berdaya saing.

“Kita sudah melihat kejayaan besar dalam sektor tenaga hidro seperti Bakun, Murum, dan Baleh. Projek ini menunjukan potensi Sarawak sebagai kuasa tenaga di Asean.

“Jadi ini dapat mencapai matlamat kita untuk menjadi ekonimi digital yang berdaya saing dan menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan pengedaran tenaga hijau,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada majlis Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia China dan Majlis Makan Malam Peringatan Festival Pertengahan Musim Luruh, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menekankan nilai kerjasama dalam membangunkan modal insan serta mendedahkan perbincangan berterusan dengan Universiti Fudan bagi menubuhkan kampus cawangan di Sarawak.

“Sarawak mengalu-alukan universiti berprestij untuk menubuhkan kampus tempatan dalam menyediakan rakyat Sarawak.

“Perkara ini bertujuan bagi mempersiapkan diri kita dalam menghadapi ekonomi global yang semakin berdaya saing dan berinovasi di luar sana,” ujar beliau.

Abang Johari turut menzahirkan harapannya agar hubungan Sarawak-China terus berkembang dan berterusan bagi memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Tuan Yang Terutama Xing Weipingm dan Presiden Persatuan Pengimport dan Pengeksport Peniaga Kuching Datuk Yii Ming Tang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan