Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan tetamu-tetamu kehormat majlis pada sesi pemberian cenderahati pada majlis Beneath the Mid-Autumn Moon: Malaysia and China A Bond of Friendship, A Future of Success, semalam. Kredit foto: Sim Kui Hian (Facebook)

Sarawak raih USD4.2 bilion dalam perkongsian strategik hidrogen

KUCHING, 21 Sept: Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak meraih USD4.2 bilion dalam perkongsian strategik yang memacu pembangunan loji hidrogen, infrastruktur sokongan dan inovasi seperti Transit Aliran Autonomi (ART) bagi menghasilkan tenaga hijau secara mampan untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan komitmen untuk mengubah Sarawak menjadi kuasa besar tenaga hijau serantau dan menekankan kepentingan kerjasama dengan China dalam merealisasikan visi tersebut.

“Saya mengagumi dasar pintu terbuka pemimpin China terdahulu, Deng Xiaoping dan optimis dengan kerjasama yang berterusan terutama apabila Presiden China, Xi Jinping menyatakan minat untuk melawat Sarawak selepas lawatan sebelum ini ke Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Beneath the Mid-Autumn Moon: Malaysia and China A Bond of Friendsip, A Futue of Success anjuran Persatuan Pengimport dan Pengeksport Perdagangan China Kuching dan Konsulat Jeneral Republik Rakyat China pada Jumaat.

Menurutnya, perkongsian berjumlah USD4.2 bilion itu adalah inisiatif tenaga hijau yang merujuk kepada pembangunan kemudahan pengeluaran hidrogen meluas di hab hidrogen Sarawak di Bintulu dan Depoh Rembus, Kota Samarahan.

Projek utama di hab hidrogen termasuk Projek H2ornbill merupakan kerjasama antara SEDC Energy, Eneos dari Jepun dan Sumitomo Corp untuk membina dua loji hidrogen serta Projek H2biscus dengan kerjasama Samsung Engineering, Posco dan Lotte Chemical dari Korea Selatan bagi membangunkan kemudahan derivatif hidrogen.

Dalam pada itu, SEDC Energy bekerjasama dengan anak syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Gentari untuk menubuhkan infrastruktur bersama bagi hab tersebut termasuk saluran paip yang menyokong projek H20rnbill dan H2biscus.

Abang Johari berkata, gabungan inisiatif tersebut berpotensi menghasilkan 240,000 tan hidrogen setiap tahun menjadikan Sarawak sebagai salah satu pengeluar tenaga bersih terkemuka dunia.

“Sarawak juga menyasarkan untuk menghasilkan sekitar 2,000 tan setiap tahun untuk kegunaan tempatan,” ujarnya.

SEDC Energy juga sedang membina loji pengeluaran hidrogen dan stesen pengisian semula untuk menyokong Depoh Rembus, komponen utama Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dan sistem ART.

Loji itu dijangka menghasilkan 1,900 tan hidrogen setahun selepas siap pada 2025.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan