Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom semasa bergambar dengan juara keseluruhan. Foto TVS

Bawa imej baharu dalam sukan golf

MIRI, 22 Sept: Kumpulan komuniti Cina muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf Perpaduan Sarawak 2024 sekali gus membawa pulang Trofi Cabaran Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Tempat kedua dimenangi komuniti Orang Ulu dan komuniti Melanau di tempat ketiga.

Kejohanan tersebut dilangsungkan di Kelab Golf Miri dan Eastwood Valley Golf and Country Club Miri dengan disertai 230 pemain golf yang terdiri daripada masyarakat Bidayuh, Cina, Iban, Melayu, Melanau dan Orang Ulu.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, terdapat keperluan untuk memperbaiki dan membawa imej baharu dalam sukan golf.

Menurutnya, ia penting untuk melatih pemain golf muda menjadi pemain profesional pada masa akan datang.

“Saya rasa sudah tiba masa untuk kita memperbaiki perkara tertentu. Kita perlu mempunyai dan mencipta imej baharu untuk pemain golf. Terdapat pemain golf berkaliber dalam kalangan kita terutama generasi muda.

“Mereka mungkin sudah melangkah jauh namun belum mencapai tahap yang kita mahu. Jadi kita perlu mempunyai pengurusan persatuan untuk golf supaya dapat melahirkan pemain profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Perpaduan Sarawak 2024 pada Sabtu.

Dr Rundi menjelaskan, komuniti golf perlu menubuhkan kumpulan atau jawatankuasa bagi menjadi kebajikan serta mengenal pasti pemain berbakat supaya dapat diketengahkan ke tahap tertinggi.

Kejohanan julung kali diadakan di Miri itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Golf Orang Ulu Malaysia (MOUGA) dan Persatuan GOP Kaban (KGA).

Ia dianjurkan secara bergilir-gilir melibatkan Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan