Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak 2023 di Kuching malam tadi. Foto TVS

MUT iktiraf kecemerlangan, dedikasi kakitangan

KUCHING, 21 Sept: Kelangsungan serta kejayaan sesebuah organisasi memerlukan dedikasi yang tinggi serta komitmen cemerlang tanpa henti oleh setiap kakitangannya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 seperti yang dilaksanakan kementeriannya adalah bagi menghargai kakitangannya yang menjadi penggerak utama setiap kejayaan kementerian itu.

Penghargaan itu katanya, akan menjadi pembakar semangat untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti diri setiap kakitangan terlibat, selain menjadi contoh kepada rakan-rakan sekerja lain untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan cemerlang sekali gus memastikan kejayaan berterusan organisasi.

“Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi khasnya dan Kerajaan Sarawak amnya, sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam, apatah lagi kakitangan awam adalah merupakan jentera utama atau aset dalam menggerakkan pentadbiran dalam sesebuah organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak 2023 di sini, malam tadi.

Tambah Julaihi, majlis APC tersebut merupakan cerminan bahawa MUT adalah organisasi yang berpaksikan kecemerlangan dan prestasi tinggi.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pegawai MUT yang memperoleh APC berdasarkan prestasi kerja cemerlang pada tahun sebelumnya.

“Seramai 10 orang pegawai akan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023 dan 87 orang pegawai telah mencapai prestasi cemerlang dengan memperoleh markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) 85 peratus dan ke atas. Tahniah dan syabas saya ucapkan,” katanya lagi.

Yang turut hadir Timbalan Menteri MUT, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan