Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada SRG pagi tadi. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Kerajaan nantikan lebih banyak pasukan e-sukan raih pengiktirafan dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Kerajaan MADANI menyokong penuh pembangunan industri e-sukan yang terus berkembang pesat dan menantikan kemunculan lebih banyak pasukan e-sukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada pasukan e-sukan Selangor Red Giants (SRG) yang telah mencipta sejarah dengan menjuarai kejohanan Mid-Season Cup Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2024 di Esports World Cup yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Julai lepas.

“Saya zahirkan ucapan tahniah atas usaha gigih pasukan sehingga membuahkan kejayaan yang menjadi kebanggaan buat pasukan dan negeri Selangor, serta melambangkan potensi anak muda Malaysia di pentas e-sukan antarabangsa,” katanya yang telah menerima kunjungan hormat daripada SRG pagi tadi.

Perdana Menteri juga berharap Malaysia dan Selangor Red Giants dapat melakar sejarah sekali lagi pada Kejohanan Dunia MLBB M6 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, akhir tahun ini.

Pada 14 Julai lepas, SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 pada kejohanan Mid Season Cup MLBB 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan