Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Di beberapa kawasan di Republik Czech, bekalan elektrik dan rangkaian telefon mudah alih terputus, manakala jalan raya tidak dapat dilalui dan beberapa jambatan turut musnah. Foto imej satelit ©2024 Maxar Technologies / AFP

Republik Czech: Pilihan raya wilayah dan senat diteruskan meski dilanda banjir

ByBernama

PRAGUE, 20 Sept: Pilihan raya bagi Dewan Senat dan Wilayah di Republik Czech diadakan pada Jumaat, meskipun negara itu sedang menghadapi bencana banjir di kawasan timur, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pilihan raya selama dua hari itu diadakan untuk memilih anggota Dewan Wilayah baharu di 13 wilayah, kecuali ibu kota Prague yang memiliki status khas.

Pengundian ini dilihat sebagai penunjuk penting bagi suasana politik negara sebelum pilihan raya Dewan Perwakilan, yang dijadualkan pada tahun depan.

Wilayah-wilayah ini bertanggungjawab menguruskan sekolah, hospital, rumah penjagaan, serta mengagihkan subsidi dari Kesatuan Eropah.

Pusat pengundian dibuka pada 2 petang (1200 GMT) pada Jumaat dan akan diteruskan sehingga Sabtu.

Rakyat Czech memilih satu pertiga daripada anggota Senat setiap enam tahun, bermakna pilihan raya bagi badan ini diadakan setiap dua tahun.

Sekiranya tiada calon yang mendapat 50 peratus undi, pusingan kedua pilihan raya Senat akan diadakan pada minggu berikutnya.

Senat memainkan peranan dalam proses perundangan dan boleh menghalang pindaan perlembagaan.

Terdapat gesaan dari bandar-bandar dan perbandaran yang terjejas banjir untuk menangguhkan pilihan raya ini, namun kerajaan Perdana Menteri Petr Fiala menolak permintaan itu atas alasan berkemungkinan menghadapi cabaran undang-undang.

Di beberapa kawasan, bekalan elektrik dan rangkaian telefon mudah alih terputus, manakala jalan raya tidak dapat dilalui dan beberapa jambatan turut musnah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan