Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Proses Damai Timur Tengah, Tor Wennesland menyeru agar kerangka politik dan keselamatan segera diwujudkan bagi menangani bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Foto fail AFP

Utusan PBB seru kerangka politik, keselamatan untuk atasi krisis kemanusiaan Gaza

ByBernama

NEW YORK, 20 Sept: Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Proses Damai Timur Tengah, Tor Wennesland menyeru agar kerangka politik dan keselamatan segera diwujudkan bagi menangani bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Dalam taklimat mengenai Laporan Setiausaha Agung mengenai Situasi di Timur Tengah dan pelaksanaan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB (UNSCR 2334), beliau menyuarakan kebimbangan terhadap risiko peningkatan ketegangan serantau secara meluas.

“Siri letupan di Lubnan dan roket yang dilancarkan ke arah Israel dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini menigkatkan ketidakstabilan.

“Saya menyeru semua pihak mengelakkan daripada melakukan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan dan mengambil langkah segera untuk meredakan ketegangan,” katanya.

Bagi mengatasi cabaran yang mendatang, kerangka politik dan keselamatan perlu dibentuk bagi menangani krisis kemanusiaan, memulakan pemulihan awal, membangunkan semula Gaza dan meletakkan asas kepada proses politik untuk mengakhiri penjajahan dan mewujudkan penyelesaian dua negara, kata Wennesland.

“Rangka kerja ini juga mesti memudahkan pembentukan kerajaan Palestin yang sah, yang boleh menyatukan semula Gaza dan Tebing Barat yang diduduki dari segi politik, ekonomi dan pentadbiran.

“Perpaduan Palestin adalah asas penting untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan. Langkah-langkah Israel yang menjejaskan Pihak Berkuasa Palestin (PA) mesti ditangani dengan segera.

“Kerajaan Palestin memerlukan sokongan yang besar daripada masyarakat antarabangsa untuk mencapai matlamat ini,” katanya.

Utusan PBB itu menegaskan bahawa sebarang kemajuan ke arah keamanan mesti menangani dan merealisasikan sepenuhnya hak asasi dan sah rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta kedaulatan ke atas keseluruhan Wilayah Palestin yang Diduduki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan