Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Populasi dewasa Malaysia terima satu suntikan vaksin melebihi 70 peratus

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 13 Ogos – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila kadar populasi dewasa negara yang telah menerima sekurang -kurangnya satu dos suntikan vaksin kini mencecah 70.7 peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sebanyak 42 peratus populasi dewasa juga kini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin masing – masing.

“Secara keseluruhan, sebanyak 26, 388 905 dos suntikan telah diberikan menerusi PICK dengan suntikan pertama sebanyak 16, 545 384 orang manakala 9, 843 521 telah lengkap divaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian perkembangan PICK di Twitternya hari ini.

Sementara itu, menerusi kemaskini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 523 342 suntikan keseluruhan diberikan kepada penerima di seluruh negara semalam.

Jumlah itu melibatkan 197 962 dos pertama manakala 327 380 orang menerima dos kedua.

Selangor mencatatkan pemberian suntikan terbanyak iaitu 112, 858 dos.

Bagi populasi dewasa yang telah menerima suntikan lengkap dua dos pula, Wilayah Persekutuan Labuan kini mencatatkan kadar tertinggi dengan 87.5 peratus diikuti Sarawak sebanyak 77.4 peratus manakala kadar terendah dicatatkan di Sabah iaitu dengan hanya 19.6 peratus – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan