Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Bulan September di Kementeriannya hari ini. Foto Bernama

PM arah agensi, badan berkanun dapat kelulusan menteri untuk lawatan luar negara – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua agensi dan badan berkanun mendapatkan kelulusan menteri masing-masing untuk lawatan ke luar negara dalam usaha mengurangkan hutang negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perdana menteri melihat keperluan meneliti semula aspek-aspek lain termasuk lawatan ke luar negara bagi memastikan aspek pengurusan dan tatakelola dimantapkan.

“Ketika kita berusaha kurangkan hutang negara, perdana menteri melihat (keperluan) meneliti semula aspek-aspek termasuk lawatan ke luar negara. Untuk pergi ke luar negara, perlu ada rasional, kenapa jumlah sedemikian diperlukan?. Adakah terdapat kemungkinan untuk pengurangan dan penjimatan?. Ini perlu dipertimbangkan.

“Bukan itu sahaja, tetapi temasuk penambahbaikan aspek penyampaian, mekanisme untuk projek-projek, dan memastikan tidak berlaku kelewatan, penangguhan serta projek sakit. Perdana Menteri berhasrat untuk memastikan setiap wang ringgit rakyat dibelanja dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Fahmi berkata bagi Kementerian Komunikasi, badan berkanun terlibat, antaranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu mendapatkan kelulusan beliau sebelum melaksanakan lawatan ke luar negara.

“Saya minta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Datuk Mohamad Fauzi Md Isa) untuk mengikut perkembangan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai arahan tentang perkara ini, agar aspek tadbir urus dilaksanakan dengan rapi, teratur dan tiada pelanggaran,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan