Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjaga gol Arsenal dari Sepanyol, David Raya memberi pengiktirafan kepada orang ramai pada akhir perlawanan bola sepak pusingan pertama UEFA Champions League hari 1 antara Atalanta Bergamo dan Arsenal di stadium Atleti Azzurri d'Italia di Bergamo pada 19 September 2024. Foto AFP

Raya penyelamat Arsenal untuk pulang dengan satu mata dari Bergamo

Bergamo, Itali 20 September 2024: Ketangkasan penjaga gol Arsenal, David Raya memastikan The Gunners hanya terikat tanpa jaringan ketika bertemu Atalanta di Gewiss Stadium pagi tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu terpaksa berpuas hati meninggalkan Bergamo dengan satu mata selepas seri 0-0.

Pasukan Liga Perdana itu diramal tewas namun aksi Raya yang melakukan penyelamatan berganda yang menakjubkan berjaya menghalang Mateo Retegui daripada menjaringkan gol pertama dari sepakan penalti.

“Ia hanya satu penalti dan saya bernasib baik kerana pergi ke jalan yang betul dan menyelamatkannya.

“Saya tidak bernasib baik untuk memberikan lantunan terus kepadanya tetapi saya cukup pantas untuk bangun dan menyelamatkannya.

“Ia sangat hebat untuk dapat mengekalkan rekod bersih dan membantu pasukan untuk mendapatkan mata ,” kata Raya kepada TNT Sports.

Kehilangan Martin Odegaard akibat kecederaan buku lali yang serius yang dialami semasa tugasan antarabangsa bersama Norway dikatakan menjadi penyumbang kepada persembahan hambar serangan Arsenal.

Bagi pemenang Liga Europa, Atalanta, perlawanan pagi tadi itu disifatkan sebagai satu permulaan yang baik bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pertama mereka sejak disingkirkan di peringkat kumpulan pada 2021.

“Kami semua bersama Mateo, dia tidak boleh terlalu memikirkan tentang kesilapan penalti itu.

“Dia seorang pemain yang cemerlang dan lelaki yang hebat, kami sangat gembira dengan mata bagus yang diperolehi menentang pasukan yang hebat, “ kata penjaga gol Atalanta, Marco Carnesecchi kepada Sky di Itali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan