Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan enam Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) warganegara Indonesia meloloskan diri ke negeri ini melalui Sektor Pos GABMA Biawak, LUNDU, digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini. Foto ATM

Tentera gagalkan cubaan lolos enam PATI

LUNDU, 19 Sept: Cubaan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia meloloskan diri ke Sarawak melalui Sektor Pos GABMA Biawak digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat berdekatan lorong tikus iaitu jarak lebih kurang 230 meter dari sempadan Indonesia pada jam 1 tengah hari.

“Kesemua enam PATI ditahan sub unit sama aitu sepasukan anggota TDM dan Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Darat (TNI-AD) yang sedang melaksanakan penugasan rondaan.

“Hasil siasatan mendapati kesemua PATI dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia,” katanya.

Katanya, hasil daripada penahanan dan pemeriksaan kesemua PATI dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun tersebut mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.

“Anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM4,036 melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.

“Mereka dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran. Laporan polis dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” ujarnya.

Sehubungan itu, Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya.

Bermula dari bulan Januari sehingga ke hari ini sebanyak 25 kali pengusiran melibatkan seramai 178 PATI direkodkan bagi tahun 2024.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan