Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib merasmikan Persidangan Statistik Malaysia ke-11 (MySTATS) di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia pada 19 September 2024. Foto UKK Kementerian Ekonomi

Malaysia berjaya tarik pelaburan asing lebih tinggi

ByAmirah Shawel

KUCHING, 19 Sept: Malaysia berjaya menarik pelaburan asing lebih tinggi pada tahun lalu dengan jumlah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan meningkat 57.2 peratus.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata pelaburan itu adalah termasuk berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, perolehan itu dapat dicapai menerusi pelaksanaan dasar yang rapi.

“Manfaatnya, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan yang akhirnya dapat meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Statistik Malaysia ke-11 (MySTATS), hari ini.

Tambahnya, kerajaan akan memberikan penekanan terhadap AI dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dengan memberi fokus kepada pengembangan ekosistem AI yang lebih komprehensif melalui pelaburan dalam penyelidikan dan inovasi.

Penggunaan AI juga akan diperluas dalam sektor utama termasuk perkhidmatan awam.

Sementara itu, Hanifah berkata, kajian syarikat risikan pasaran terkemuka, International Data Corporation menunjukkan pasaran AI diunjur meningkat kepada $631 bilion menjelang 2028 daripada $235 bilion setakat ini.

Justeru, beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penekanan bahawa Malaysia perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang ini di masa depan.

“Perbelanjaan AI global akan didominasi oleh 3 sektor utama iaitu Teknologi Maklumat, Perbankan, dan Peruncitan.

“Gabungan ketiga-tiga sektor ini diunjur akan memperuntukkan lebih $89.6 bilion bagi AI pada 2024, mewakili 38 peratus daripada pasaran AI global.

“Inovasi dan bakat digital perlu diperkasakan khususnya dalam bidang AI bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan