Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak Dato Mancha Ata menunjukkan barang kes semasa Sidang Media Pesuruhjaya Polis Sarawak Berhubung Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching pada Khamis. Foto TVS

7,478 barang kes dadah, racun dilupus

KUCHING, 19 Sept: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini melupuskan sebanyak 7,478 barang kes dadah dan racun dari tahun 2017 hingga 2024 yang  selesai siasatan serta perbicaraan mahkamah.

Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak Dato Mancha Ata berkata, barang kes yang dilupuskan itu menggunakan
kaedah loji rawatan termal insinerator syarikat bertauliah yang dilantik oleh Polis Diraja Malaysia seperti di Trienekens Sarawak Sendirian Berhad dan Kuching Integrated Waste Management Park.

Menurutnya, ia adalah kes dari tahun 2017 hingga 2024 yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 yang selesai disiasat serta perbicaraan mahkamah di 20 daerah di Sarawak.

“Pada 19 September 2024, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak melupuskan barang kes dadah dan racun menggunakan kaedah loji rawatan termal (insinerator) di Trienekens Sarawak Sendirian Berhad, Kuching Integrated Waste Management Park, Kuching, Sarawak, syarikat bertauliah yang dilantik oleh PDRM.

“Pelupusan barang kes ini melibatkan 7,478 kes tahun 2017 hingga 2024 yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 yang telah selesai siasatan dan perbicaraan mahkamah di 20 daerah di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Pesuruhjaya Polis Sarawak Berhubung Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching pada Khamis.

Tambahnya, nilai keseluruhan barang kes yang akan dilupuskan berjumlah
RM2,643,089.76 dan pelupusan barang kes ini dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur
jenayah.

Tambahnya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak bertekad memerangi habis-habisan
dadah sebagai musuh nombor satu negara dan berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat
berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui saluran yang ada.

Antara barang kes yang akan dimusnahkan adalah serbuk ekstasi sebanyak 23,168.66 gram, syabu sebanyak 17,131.03 gram, ganja sebanyak 12,293.46 gram dan daun ketum sebanyak 8,500.00 gram.

Barang kes lain yang turut sama dilupuskan melibatkan pil erimin 5 sebanyak 2,421.01 gram, pil nospan sebanyak 1,982.64 gram, ketamin sebanyak 724.95 gram, pil ekstasi sebayak 132.38 gram, air ketum sebanyak 85.70 liter dan botol urin sebanyak 6,585 botol. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan