Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fadillah Yusof ditemui pemberita pada majlis perasmian persidangan Pengurusan Keselamatan Sosial Antarabangsa (SSMiC) 2024 di Kuching pada Khamis. Foto TVS

SSMiC wadah ideal perkukuh sistem perlindungan sosial

KUCHING, 19 Sept: Persidangan Pengurusan Keselamatan Sosial Antarabangsa (SSMiC) 2024 merupakan salah satu wadah ideal dalam usaha memperkuatkan sistem perlindungan sosial.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, SSMiC 2024 anjuran bersama Universiti Utara Malaysia dan rakan strategiknya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dapat dimanfaatkan anggotanya untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terhadap cabaran sistem perlindungan sosial masing-masing.

Menurutnya, ia penting dalam mendepani dan mengadaptasi teknonologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin mendominasi semua aspek pada masa kini.

Tambahnya, sesi sumbang saran pada persidangan tersebut akan memudahkan pertukaran idea dan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan ahli.

“Ini merupakan satu program amat penting, apatah lagi cabaran dunia sekarang ini dan masa depan yang memerlukan kita melihat dari segi perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat sama ada yang bekerja atau tidak bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan Pengurusan Keselamatan Sosial Antarabangsa 2024 di Kuching pada Khamis.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut memuji inisiatif UUM dan PERKESEO itu serta pemain industri lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Untuk memberi kesedaran betapa pentingnya kita melihat dalam konteks ini, sebab perubahan dalam teknologi dan menggunakan AI diharap dapat memberi kesan serta pencapaian lebih tepat dalam sistem pentadbiran.

“Pengagihan bantuan kepada semua yang dilindungi di bawah KWSP atau PERKESO perlu dilaksanakan dengan kaedah baharu mengikut kesesuaian zaman dan teknologi masa kini,” ujarnya.

Lebih 200 peserta yang terdiri daripada warga PERKESO, ahli akademik, pemain industri dan pelajar menyertai persidangan yang bermula dari 18 hingga 19 September ini.

Elemen SSMiC kali ini merangkumi penambahbaikan yang diperkenalkan dalam sistem perlindungan sosial, aspek penjagaan kesihatan berkaitan kencing manis dan menyusun langkah lebih efisien serta efektif bagi meningkatkan perlindungan sosial warga.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor UUM, Profesor Dato Dr. Mohd Foad Sakdan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan