Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail, AFP.

Perhimpunan Agung PBB lulus resolusi gesa penamatan pendudukan Israel dalam tempoh setahun

ByBernama

HAMILTON (Kanada), 19 Sept: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan “tidak sah” Israel dalam tempoh 12 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Resolusi yang dipelopori oleh Palestin itu diluluskan dengan sokongan majoriti besar, dengan 124 negara anggota mengundi menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali.

Resolusi ini turut disokong bersama oleh Turkiye serta lebih 50 negara anggota lain, yang menuntut pendudukan Israel ke atas Wilayah Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, termasuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Menyatakan bahawa penempatan haram Israel juga melanggar undang-undang antarabangsa, resolusi itu menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentukan nasib mereka sendiri di bawah Piagam PBB.

Resolusi itu menegaskan semula bahawa isu Palestin adalah “tanggungjawab kekal PBB” sehingga ia diselesaikan selaras dengan undang-undang antarabangsa, sambil menekankan keperluan segera agar Israel menamatkan pendudukan yang bermula pada 1967.

Resolusi berkenaan seterusnya menyeru Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk membentangkan laporan mengenai pelaksanaan resolusi itu dalam tempoh tiga bulan selepas ia diluluskan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan