Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba sedang membersihkan pokok tumbang yang menghempap sebuah rumah di Lawas. Foto TVS

Lawas: Pokok tumbang akibat ribut hempap rumah penduduk kampung

LAWAS, 18 Sept: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila ribut menumbangkan pokok dan menghempap rumah mereka di Kampung Dato Kuala Lawas, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 7.30 pagi, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira – kira 39 kilometer (km) dari balai.

Jelasnya ketika kejadian seramai lapan penghuni berada dalam rumah berkenaan dan kesemua mereka selamat.

“Sebaik tiba di lokasi bomba mendapati dua pokok tumbang dengan satu menghempap rumah dan kabel elektrik manakala satu lagi pokok tumbang ke arah jalan,” katanya kepada media hari ini.

Katanya anggota bomba telah mengalihkan pokok yang menghalang jalan.

“Syarikat SESCO Berhad (SESCO) pula membersihkan dan mengalihkan pokok yang menghempap rumah dan kabel elektrik,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan