Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman kini memburu dua suspek lelaki berkaitan kes curi. Foto IPD Sri Aman

Polis Sri Aman buru dua suspek lelaki berkaitan kes curi

SRI AMAN, 18 Sept: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman kini memburu dua suspek lelaki berkaitan kes curi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, kes berkenaan dilaporkan pada 11 September 2024.

“Pihak polis sedang giat meneruskan usaha untuk menjejaki dan menangkap suspek.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, identiti dua suspek lelaki berkenaan masih belum dikenal pasti.

“Wajah mereka berkaitan dengan kes berkenaan telah dirakam menerusi rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV),” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan terkini suspek diminta untuk segera melaporkan ke Balai Polis Sri Aman di talian 083-322121 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Sze Cher Khai di talian 014-9337241 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan