Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis pelancaran direktori CBO di Dewan Kampung Melayu Kampung Nyabor, Sibu pada hari ini merupakan yang terakhir untuk tahun 2024 di seluruh negara. Foto TVS

Ahli CBO main peranan penting lindungi golongan sasar

ByFebbright James

SIBU, 18 Sept: Ahli-ahli Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) memainkan peranan penting dalam melindungi dan menyokong kumpulan sasar, demikian menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Maziah Che Yusoff.

Beliau memaklumkan pengerusi dan ahli CBO merupakan orang yang paling dekat dengan komuniti untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa khususnya kementerian dalam menangani penderaan, pengabaian dan keganasan yang dihadapi oleh komuniti setempat.

“CBO adalah satu panduan dan rujukan yang boleh membantu masyarakat khususnya wanita, kanak- kanak, keluarga, warga emas dan OKU yang memerlukan sokongan dan bantuan.

“Ahli CBO terdiri daripada pelbagai jawatankuasa dan sukarelawan kebajikan termasuk Pusat Aktiviti Warga Emas ( PAWE), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Pusat Perlindungan Kanak- Kanak (PPKK) serta ahli komuniti.

“Mereka adalah rakan strategik JKM dalam menyantuni dan melindungi kumpulan sasar di bawah KPWKM,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pelancaran Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) KPWKM@Sarawak hari ini.

Katanya, direktori ini akan diperluaskan kepada semua daerah dan negeri di Malaysia bagi memudahkan capaian maklumat serta dapat mempercepatkan lagi tindakan yang diambil oleh CBO bagi membantu komuniti yang memerlukan.

“Untuk makluman semua, majlis pelancaran direktori CBO pada hari ini merupakan yang terakhir untuk tahun ini. Sehingga akhir tahun 2024, KPI KPWKM sebanyak 105 daerah akan tercapai,” katanya.

Sehingga kini, terdapat 140 Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) di seluruh negara, dengan 13 pasukan di Sarawak yang bertanggungjawab menyelaraskan perkhidmatan untuk keluarga dan kanak- kanak yang memerlukan perlindungan.

Manakala Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) ialah sebanyak 137 di seluruh negara dan daripada jumlah itu 12 pasukan merupakan di Sarawak.

Selain itu, katanya, keganasan rumah tangga juga merupakan isu yang perlu diambil serius oleh CBO.

“Ahli komuniti yang mengetahui tentang kes penderaan atau keganasan rumah tangga boleh melaporkannya melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat, balai polis, hospital terdekat, Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019- 2615999.

“Untuk komuniti OKU pula, terdapat 569 Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di mana seramai 567 penyelaras dan 2,786 petugas yang memberi manfaat kepada 19,415 OKU di seluruh negara. Di Sarawak, terdapat sebanyak 57 PPDK yang berkhidmat untuk 1,935 OKU,” katanya.

Bagi kumpulan sasar warga emas, terdapat 160 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) sedia ada di seluruh negara dan tambahan 33 buah pawe baharu bagi tahun 2024 dengan jumlah warga emas berdaftar seramai 55,835 orang.

Di Sarawak sebanyak 12 PAWE disediakan untuk manfaat 4,483 warga emas yang berdaftar sehingga kini.

Berdasarkan statistik JKM sehingga Julai 2024, sebanyak 541,832 penerima bantuan di Malaysia dengan peruntukan RM1.5 bilion.

Di Sarawak, terdapat 55,138 penerima bantuan dengan peruntukan sebanyak RM1.7 juta.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan