Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pengurusan tertinggi Salik Company PJSC (Salik) di Dubai pada 17 September 2024. Foto Akaun X @AlexNantaLinggi

KKR kaji adaptasi ITS dalam sistem kutipan tol negara

ByAmirah Shawel

KUCHING, 18 Sept: Kementerian Kerja Raya sedang meninjau potensi pengadaptasian sistem pengangkutan pintar (ITS) khususnya Multi Lane Fast Flow (MLFF) dalam sistem kutipan tol negara.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan di X berkata, pelaksanaan inisiatif itu adalah tidak mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan kajian lanjut.

Jelas beliau, pihaknya juga berkesempatan untuk meninjau antara gantri tol sedia ada bagi melihat kaedah penggunaannya.

“Salah satu inisiatif Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang sedang dikaji di Malaysia ialah Multi Lane Fast Flow (MLFF).

“Walaupun inisiatif ini kerap diperbincangkan apabila berlakunya kesesakan di lebuh raya, namun proses untuk merealisasikan pelaksanaannya bukanlah satu urusan yang mudah,” katanya.

Menurutnya, beliau dan rombongan delegasi kementerianya mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pengurusan tertinggi Salik Company (PJSC) mengenai sistem tersebut pada lawatan kerja rasmi di Dubai.

“Perbincangan yang diadakan antara kedua- dua pihak adalah mengenai perkongsian pengalaman dari segi pengoperasian, penguatkuasaan dan penggunaan teknologi.

“Sesi libat urus ini mencerminkan komitmen padu kerajaan Malaysia dalam menentukan hala tuju kerajaan ke arah pengadaptasian ITS dalam sistem kutipan tol negara,” ujarnya.

Nanta berkata, syarikat Salik PJSC melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID.

Usaha tersebut juga katanya, turut menjadi salah satu agenda utama di bawah program myjalan dalam melestarikan jalinan infrastruktur lebuh raya negara bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan pengguna. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan