Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua cedera selepas pikap dinaiki kemalangan kendiri di Kampung Nawang, Jalan Bau-Lundu di sini, tengah hari semalam. Foto JBPM

Warga emas cedera, pikap dinaiki langgar pembahagi jalan

BAU, 18 Sept: Dua cedera selepas pikap dinaiki kemalangan kendiri di Kampung Nawang, Jalan Bau-Lundu di sini, tengah hari semalam.

Komander Operasi Kanan, PKPgB Tawang Lingem berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.26 tengah hari dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah pikap yang telah melanggar pembahagi jalan sebelah kiri menghala ke Lundu.

“Terdapat tiga orang mangsa terlibat iaitu seorang mangsa selamat (pemandu) serta tiada mengalami kecederaan.

“Dua orang mangsa iaitu lelaki berusia 77 tahun cedera di bahagian kepala dan tangan kiri manakala seorang lagi penumpang berusia 76 tahun patah kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera telah dikeluarkan bihak bomba menggunakan alat pengusung.

“Unit EMRS juga telah bertindak memberi rawatan awal kepada dua orang mangsa yang cedera sebelum menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Bau bagi mendapat rawatan,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan