Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung International IDEA Dr Kevin Casas Zamora. Foto AFP

Keupayaan demokrasi dan pilihan raya di seluruh dunia menurun

STOCKHOLM, 17 Sept: Laporan tahunan oleh pertubuhan antara kerajaan, International IDEA yang berpangkalan di Stockholm menunjukkan peratusan keluar mengundi semakin berkurangan di seluruh dunia dan keputusan pilihan raya semakin dipersoalkan.

Laporan mengenai keadaan demokrasi dunia itu merekodkan daripada 173 buah negara, hampir separuh daripadanya menunjukkan kemerosotan yang sangat teruk melibatkan beberapa faktor antaranya keupayaan untuk mengadakan pilihan raya yang boleh dipercayai dan perlindungan kepada kebebasan media.

Setiausaha Agung International IDEA Dr Kevin Casas Zamora berkata antara 2008 hingga 2023, peratusan keluar mengundi global jatuh sebanyak 10 peratus, daripada 65.2 kepada 55.5 peratus.

“Apabila anda mengambil 173 negara yang diliputi oleh laporan kami baru-baru ini, hampir separuh daripada mereka menunjukkan kemerosotan yang sangat teruk, penurunan yang ketara dari segi statistik, dalam sekurang-kurangnya satu elemen demokrasi yang sangat penting,

“Melibatkan beberapa kes keupayaan untuk mengadakan pilihan raya yang boleh dipercayai, kes perlindungan kepada kebebasan media dan beberapa kes kualiti ruang sivik”, kata laporan itu.

Antara pertengahan 2020 dan pertengahan 2024, keputusan satu daripada lima pilihan raya telah ditolak oleh calon atau parti yang kalah di negara yang dikaji oleh IDEA, dan parti pembangkang memboikot satu daripada sepuluh pilihan raya.

“Saya fikir pilihan raya sedang menghadapi satu set cabaran yang sangat kompleks dan toksik di seluruh dunia,

“Walaubagaimanapun kita melihat bahawa pilihan raya juga merupakan cara yang baik untuk menghidupkan semula sistem politik yang tercabar,

“Apabila pemimpin politik enggan mengiktiraf kredibiliti sesuatu pilihan raya atau mengambil inisiatif mencabarnya di mahkamah, “ia menghantar isyarat penting kepada pengundi,” kata laporan itu.

“Dalam sesetengah kes, isyarat sedemikian menyampaikan kebimbangan yang sah tentang pilihan raya,

“Dalam kes lain, ia adalah percubaan sinis untuk menghakis kepercayaan orang ramai terhadap kemenangan lawan,” katanya.

Laporan itu juga mencatatkan keadaan dunia yang mengecewakan, di mana peperangan, pemanasan global dan ketidaksamaan sosial menjadi punca kepada penghakisan demokrasi.

Ketua badan pemikir itu berkata, beliau berharap semua pihak dapat memahami bahawa menyokong demokrasi adalah elemen penting dalam mana-mana strategi keselamatan jangka panjang yang difikirkan dengan baik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan