Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat dalam operasi mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan bangunan tujuh tingkat runtuh di Freetown pada 16 September 2024. Foto AFP

Lapan maut bangunan tujuh tingkat di Sierra Leone runtuh

FREETOWN, 17 Sept: Sekurang-kurangnya lapan orang maut termasuk tiga kanak-kanak dan ramai terperangkap selepas bangunan tujuh tingkat runtuh di ibu negara Sierra Leone pada Isnin.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), dalam satu kenyataan memaklumkan bangunan kediaman dan komersial di timur Freetown itu runtuh antara 11 pagi dan 12 tengahari waktu tempatan.

Menurut agensi itu, setakat ini enam mangsa telah diselamatkan daripada runtuhan manakala lapan mangsa disahkan maut.

NDMA berkata, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan bawah lima tahun dan seorang lelaki bawah lima tahun.

Agensi itu juga mengesahkan masih ramai yang terperangkap di bawah serpihan, namun beberapa individu dapat memberikan lokasi mereka terperangkap.

Operasi menyelamat secara besar-besaran membabitkan dua kren sedang dijalankan pada sebelah petang.

Pihak polis turut memaklumkan walaupun punca runtuhan masih belum jelas, siasatan telah dibuka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan