Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes penipuan e-dagang melonjak dalam tempoh PKP

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, OGOS 12:  Jumlah kes penipuan e-dagang dikesan semakin melonjak di sini ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan ramai membuat pembelian secara atas talian ekoran pergerakan yang terhad, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah.

Menurutnya, Polis Daerah Kuching merekodkan peningkatan kes penipuan e-dagang bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 yang menyaksikan sebanyak 61 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM403,386.80.

“Peningkatan itu amat ketara jika dibandingkan pada 2020 yang menyaksikan 12 kes dilaporkan melibatkan jumlah kerugian RM88,542.00.

“Mangsa kebiasaannya akan terpengaruh dengan tawaran produk yang lebih murah seperti yang diiklankan oleh penjual di media sosial,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah Kuching di sini pada Khamis.

Tambahnya, polis Kuching menerima lebih daripada 79 laporan daripada mangsa penipuan pembelian secara dalam talian atau e-dagang.

“Itu hanyalah jumlah laporan yang diterima, yang tidak membuat laporan kita tidak tahu berapa ramai lagi mangsa,” jelasnya.

Menurut Ahsmon, laporan itu diterima dari penghujung tahun 2019 sehingga ke Jun 2021 membabitkan kos kerugiaan anggaran RM729ribu ringgit.

“Pasukan Siasatan Khas kes penipuan ini telah ditubuhkan yang mana penipuan pembelian secara dalam talian atau e-dagang dilakukan menerusi platform seperti Facebook, Instagram, Michat, Wechat, Shopee, mudah.com, Carousell, Lazada dan lain-lain lagi akan dikesan,” kata Ahsmon.

Tegasnya, polis kini telah mengenalpasti 18 individu yang terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita, berusia antara 25 hingga 63 tahun.

“Kita telah mengenal pasti antara suspek-suspek yang terlibat dalam penipuan e-dagang ini dan usaha memburu mereka giat dijalankan,” tegasnya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu nombor akaun bank penerima di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule sebelum membuat apa-apa bayaran kepada pihak ketiga bagi memastikan bahawa akaun tersebut tidak mempunyai rekod sebelum ini,” kata Ahsmon lagi.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan jenayah komserial termasuk penipuan e-dagang ini,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan