Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pesawat IndiGo yang dalam penerbangan dari Mumbai, India ke Phuket, Thailand terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk pada Jumaat. Foto fail AFP

Penerbangan IndiGo ke Phuket dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk

ByBernama

NEW DELHI, 13 Sept: Sebuah pesawat IndiGo yang dalam penerbangan dari Mumbai, India ke Phuket, Thailand terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang akibat cuaca buruk pada Jumaat.

Pesawat A320 itu berada di Pulau Pinang selama kira-kira empat jam sebelum berlepas semula ke Thailand sekitar pukul 3 petang waktu Malaysia, menurut laporan media India.

Penerbangan 6E 1701, yang dijadualkan mendarat di Phuket pada pukul 10.30 pagi, terpaksa mendarat di Pulau Pinang pada sekitar pukul 11 pagi.

Penumpang telah “dimaklumkan sepenuhnya mengenai perubahan laluan yang tidak dijangka” dan diberi sajian ringan untuk keselesaan mereka, menurut satu laporan yang memetik kenyataan syarikat penerbangan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan