Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media di Dewan Undangan Negeri hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Rangka, pinda undang-undang selari perkembangan teknologi baharu – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Sept: Sarawak menyarankan agar meneliti keperluan bagi merangka atau meminda undang-undang sedia ada selaras dengan perkembangan teknologi baharu masa kini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memetik contoh penyelidikan yang sedang dilaksanakan antara Siemens dan Universiti Swinburne Australia berkaitan teknologi baharu.

Rangka, pinda undang-undang selari perkembangan teknologi baharu | TVS

“Kita perlu merangka undang-undang yang relevan dengan keadaan semasa, mengambil kira teknologi baharu yang digunakan.

“Sekiranya undang-undang tersebut tidak diwujudkan, aktiviti penyaluran tenaga itu akan menjadi haram.

“Kita (kerajaan) sebagai pemerintah, hendaklah mengusulkan undang-undang yang relevan dengan teknologi baharu bagi mengawal selia industri baharu seperti ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari dalam pada itu turut merujuk kepada penyelidikan yang melibatkan penyaluran tenaga tanpa wayar yang dilaksanakan di Australia yang bakal dilaksanakan di Sarawak.

Sekiranya kajian tersebut berjaya dan teknologi itu akan diguna pakai, maka dengan itu beliau menekankan keperluan mewujudkan ordinan bagi mengawal selia industri berkenaan.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan