Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Microsoft mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memansuhkan 650 pekerjaan di unit permainan Xbox. Foto AFP

Microsoft mansuh 650 pekerjaan di Jabatan Xbox Gaming

ByBernama

ISTANBUL, 13 Sept: Microsoft mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memansuhkan 650 pekerjaan di unit permainan Xbox, lapor Agensi Anadolu (AA).

Langkah itu diambil ketika syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menyasarkan untuk mengatur semula perniagaannya bagi “kejayaan jangka panjang”, menurut satu memo yang diterbitkan dalam beberapa laporan berita.

Microsoft berkata pekerja yang meninggalkan syarikat akan menerima pakej pampasan merangkumi faedah pemberhentian, penjagaan kesihatan lanjutan dan perkhidmatan bantuan penempatan kerja.

Pakej pampasan akan berbeza di luar AS, bergantung kepada lokasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Gaming Phil Spencer berkata akan terdapat kesan kepada pasukan lain dalam syarikat itu, kerana “mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan keutamaan dan menguruskan kitaran hayat serta prestasi permainan,” menurut memo berkenaan.

Langkah ini merupakan kali ketiga Microsoft mengurangkan tenaga kerja dalam bahagian permainan selepas menyelesaikan perjanjian pemerolehan syarikat permainan video Activision Blizzard bernilai US$69 bilion pada Oktober 2023.

Syarikat itu pada akhir Januari tahun ini mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan sembilan peratus daripada bahagian permainan, beberapa bulan selepas perjanjian itu selesai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan