Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan Rumah Panjang Nura, Bintulu yang musnah dalam kebakaran hari ini. Foto JBPM

350 penghuni hilang tempat tinggal, Rh Nura terbakar

BINTULU, 12 Sept: Seramai 350 penghuni hilang tempat tinggal selepas Rumah Panjang Nura, Sungai Labang di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 3.32 petang dengan menggerakkan 32 anggota bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan satu blok rumah panjang 23 pintu jenis kayu telah terbakar keseluruhan. Kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan sumber air dari parit bagi memadamkan api.

Kebakaran berjaya dikawal pada 5 petang.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian yang dialami masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan