Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nga Kor Ming pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman di Serdang, hari ini. Foto TVS

GPP KiTa seragamkan pembangunan kilang tanaman

SERDANG, 12 Sept: Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman (GPP KiTa) yang dilancarkan hari ini adalah bertujuan menyeragamkan serta memudah cara proses permohonan dan kelulusan pembangunan kilang tanaman di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata dengan garis panduan itu beliau berharap garis panduan berkenaan dapat menggalakkan pertanian bandar dan memantapkan keterjaminan makanan negara terutamanya di kawasan bandar.

KPKT perkenalkan GPP KiTa, memudahkan petani moden hasilkan tanaman | TVS

Menurutnya, langkah sedemikian adalah penting memandangkan Malaysia kini berdepan dengan proses urbanisasi yang pesat.

“Pada masa sama, import makanan negara juga semakin meningkat dengan jumlah dicatatkan sebanyak RM78.7 bilion ringgit pada tahun lepas.

“Oleh itu, keterjaminan makanan dan usaha mengoptimumkan kawasan tanaman makanan adalah satu agenda nasional penting untuk kita lakukan bersama,” katanya pada sidang media pada majlis pelancaran GPP KiTa di sini hari ini.

Kor Ming berkata GPP KiTa meliputi aspek kawalan pengoperasian, perancangan tapak serta prosedur permohonan dan kelulusan perancangan pembangunan kilang tanaman.

Beliau berkata ia melibatkan tiga kategori cadangan pembangunan kilang tanaman iaitu pemajuan di kawasan baharu di bangunan kekal dan separa kekal, pemajuan di kawasan brownfield dan pemajuan di premis sedia ada.

Mengulas lanjut, beliau telah meminta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk mengedarkan permohonan kilang tanaman ke 156 pihak berkuasa tempatan.

Dalam masa sama, pemaju kilang tanaman juga dapat merealisasikan saranan inisiatif bagi mencapai keterjaminan sekuriti makanan negara pada masa hadapan dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan import.

Ujar Kor Ming, GPP KiTa dipersetujui oleh Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri pada 20 Jun 2024 dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Ke-83 yang bersidang pada 10 September 2024.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan