Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mazli Mustaffa bersama delegasi mengadakan lawatan ke China baru-baru ini bagi pra-pentauliahan dan pemeriksaan fizikal kenderaan ART pertama projek KUTS di kemudahan pembuatan ART CRRC di Yibin, wilayah Sichuan, China. Foto Sarawak Metro

Syarikat pengendali ART terbesar dunia contohi ART hidrogen Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 12 Sept: Syarikat pengendali Transit Aliran Autonomi (ART) terbesar di dunia, Sichuan Chuannan Rail Transit Operation Berhad akan mencontohi teknologi hidrogen yang digunakan oleh Sarawak dalam menjana kuasa kenderaan ART.

Syarikat yang berpangkalan di Yibin, China itu akan mengguna pakai dan menambah teknologi hidrogen pada kenderaan berkuasa bateri elektrik akan datang.

Pengendali ART terbesar dunia mahu contohi ART hidrogen Sarawak | TVS

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa, syarikat itu menjadikan projek yang dilaksanakan oleh Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) sebagai ilhamnya.

“Sememangnya satu inpirasi mengetahui apa yang kami lakukan di Sarawak juga memberi ilham kepada orang lain untuk menggunakan teknologi hidrogen kerana kami semua ingin bersama menyelesaikan penyahkarbonan kenderaan,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, beliau telah mengadakan lawatan ke China baru-baru ini bagi pra-pentauliahan dan pemeriksaan fizikal kenderaan ART pertama projek KUTS di kemudahan pembuatan ART CRRC di Yibin, wilayah Sichuan.

Jelas beliau, Yibin juga akan menambah sekurang-kurangnya lima kenderaan ART berkuasa hidrogen baharu dalam usaha ke arah sifar pelepasan karbon.

“Ini menunjukkan lagi potensi global hidrogen sebagai sumber tenaga yang bersih dan cekap untuk pengangkutan awam,” katanya.

Syarikat itu ketika ini mengendalikan sekurang-kurangnya 50,000 penumpang setiap hari dengan 60 kenderaan ART miliknya ketika ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya memiliki kelebihan dalam membangunkan tenaga hijau kerana kekayaan alam semula jadi Bumi Kenyalang.

Jelasnya, Sarawak Metro akan terus berusaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selesa dan selamat, selain mengetuai usaha menyahkarbon sektor pengangkutan awam.

“Keupayaan ini, serta visi dan komitmen Sarawak dalam membangunkan tenaga hijau, membolehkan kami menyokong visi jangka panjang kami untuk mengurangkan pelepasan karbon dan membina rangkaian pengangkutan awam yang lebih mampan untuk rakyat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan