Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taylor Swift menerima anugerah Video of the Year untuk Fortnight pada Anugerah Muzik Video MTV di UBS Arena di Elmont, New York. Foto, AFP.

Taylor Swift gesa peminat mengundi Pilihan Raya Presiden AS ketika terima Anugerah MTV

NEW YORK, 12 Sept: Taylor Swift yang menang Anugerah Muzik Video Terbaik MTV pada Rabu mengulangi seruan kepada peminat supaya mendaftarkan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Swift memenangi anugerah Video Sepanjang Tahun untuk Fortnight yang turut menampilkan Post Malone.

Penyanyi itu turut berterima kasih kepada Swifties yang memberikannya anugerah pilihan peminat untuk tahun ketiga berturut-turut.

“Untuk para peminat, saya sentiasa berusaha mencari cara untuk mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menjadikan hidup saya seperti sekarang,” kata Swift yang mengarahkan video tersebut.

“Jika anda berumur lebih dari 18 tahun, sila daftar untuk mengundi kerana ia sesuatu yang sangat penting,” tambahnya ketika berucap menerima anugerah berkenaan.

Seruan bintang antarabangsa berusia 34 tahun itu susulan sokongannya terhadap Kamala Harris beberapa minit selepas debat presiden pada malam sebelumnya yang menemukan calon Demokrat itu dengan Donald Trump dari Parti Republikan.

“Saya mengundi untuk @kamalaharris kerana dia memperjuangkan hak dan saya percaya memerlukan seorang pejuang untuk menyokongnya,” kata Swift dalam hantaran di Instagram.

Sementara itu, Tyla dari Afrika Selatan memenangi kategori Best Afrobeats untuk lagu Water yang dianggapnya sebagai detik yang sangat besar untuk Afrika.

“Impak global yang Water berikan kepada dunia membuktikan bahawa muzik Afrika juga boleh menjadi muzik pop.

“Ini sangat istimewa tetapi juga penuh rasa pahit manis kerana saya tahu ada kecenderungan untuk meletakkan semua artis Afrika di bawah kategori Afrobeats,” katanya yang menerima tepukan gemuruh penonton.

“Muzik Afrika sangat pelbagai, ia lebih daripada sekadar Afrobeats,” tambahnya.

Katy Perry pula menerima penghormatan tertinggi malam itu menerusi anugerah Video Vanguard yang disampaikan oleh suaminya, pelakon Orlando Bloom.

Perry muncul dari udara dengan memberikan persembahan tarian yang menggabungkan elemen permainan video dan Cirque du Soleil dengan lagu-lagu hitnya termasuk Dark Horse dan California Gurls. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan